Thursday, September 27, 2012
Medan (Part 3) : Berastagi - Parapat - Pulau Samosir
Setelah bersiap dan mengemas beg, kami check-out dari hotel. Setelah itu kami menikmati sarapan ala bufet di restoran hotel lebih kurang jam 7. Pagi ini barulah terasa riuh dengan tetamu yang lain kerana ada beberapa event yang akan berlangsung di hotel ini.
Menurut Pak Syamsul hari ini kami perlu bergerak awal untuk mengejar jadual feri di Parapat pada pukul 2.30 ptg. Kalau terlepas feri ini perlu menunggu 3 jam lagi untuk ke Pulau Samosir. Sebelum jam 2.30 ptg ada satu lagi perjalanan feri jam 11.30 pagi tetapi mungkin kami tidak sempat menaiki feri pada jam ini.
Kat sebelah kanan tu laluan menuruni tebing.... |
Danau Toba dari jauh |
Perjalanan diteruskan lagi melewati kawasan-kawasan kampung. Penduduk Islam dan Kristian duduk dalam satu kawasan yang sama. Hampir setiap kilometer pasti ternampak gereja mahupun masjid...tetapi rasanya jumlah gereja lebih banyak. Kebanyakkan mereka adalah petani. Bumi Medan memang cukup subur, sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan pelbagai tanaman.
Satu jam perjalanan dari air terjun Sipiso-piso kami singgah pula di Rumah Bolon yang merupakan rumah adat Raja Simalungun pada zaman dahulu. Kini rumah ini hanya tinggal untuk tatapan umum. Untuk mengejar masa, kami tidak turun dari kereta sebaliknya Pak Syamsul membawa kami pusing dengan kereta. Kebetulan hujan pula turun rintik-rintik.
Rumah Bolon |
Tidak jauh dari Rumah Bolon, Pak Syamsul berhenti pula di kawasan Simarjarunjung. Terdapat satu restoran di sini yang mengadap pemandangan Danau Toba tapi agak jauh. Sekadar menghirup udara segar dan melepaskan hajat di tandas restoran ini, kami meneruskan lagi perjalanan. Ketika ini jalan menuju ke Parapat adalah melalui lereng-lereng bukit dan di kanan kami adalah Danau Toba. Kata Pak Syamsul 1 jam lagi sampailah kami di Parapat.
Simarjarunjung |
Unik kan?! |
Selesai makan, Pak Syamsul ke masjid berdekatan sementara kami ke Indomaret untuk membeli air minuman dan sedikit makanan ringan.
Kami tiba di jeti feri agak awal dan kereta pun masih belum banyak yang menunggu. Penting untuk sampai awal kerana tepat jam 2.30 feri akan bergerak manakala tiket adalah terhad kepada muatan feri sahaja. Jika feri telah penuh, kenderaan yang ingin dibawa perlu menunggu 3 jam kemudian. Hanya ada 5 waktu perjalanan feri pengangkut dari Parapat bermula jam 8.30 pagi sehingga yang terakhir jam 8.30 mlm.
Untuk menaiki feri umum yang membawa penumpang sahaja perlu ke jeti lain. Feri umum ini lebih banyak daripada feri pengangkut yang hanya ada satu sahaja yang beroperasi di Parapat ini.
Kereta kami antara yang terawal dapat masuk ke dalam feri dan diparkir di sebelah kiri feri. Kenderaan disusun agak rapat bagi memenuhkan ruang. Semua jenis kenderaan yang ingin ke Pulau Samosir harus menaiki feri ini termasuklah bas dan lori. Danau Toba yang tadi asyik terlihat dari jauh kini sudah terbentang di depan mata.