Thursday, September 27, 2012
Medan (Part 3) : Berastagi - Parapat - Pulau Samosir
Setelah bersiap dan mengemas beg, kami check-out dari hotel. Setelah itu kami menikmati sarapan ala bufet di restoran hotel lebih kurang jam 7. Pagi ini barulah terasa riuh dengan tetamu yang lain kerana ada beberapa event yang akan berlangsung di hotel ini.
Menurut Pak Syamsul hari ini kami perlu bergerak awal untuk mengejar jadual feri di Parapat pada pukul 2.30 ptg. Kalau terlepas feri ini perlu menunggu 3 jam lagi untuk ke Pulau Samosir. Sebelum jam 2.30 ptg ada satu lagi perjalanan feri jam 11.30 pagi tetapi mungkin kami tidak sempat menaiki feri pada jam ini.
![]() |
| Kat sebelah kanan tu laluan menuruni tebing.... |
![]() |
| Danau Toba dari jauh |
Perjalanan diteruskan lagi melewati kawasan-kawasan kampung. Penduduk Islam dan Kristian duduk dalam satu kawasan yang sama. Hampir setiap kilometer pasti ternampak gereja mahupun masjid...tetapi rasanya jumlah gereja lebih banyak. Kebanyakkan mereka adalah petani. Bumi Medan memang cukup subur, sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan pelbagai tanaman.
Satu jam perjalanan dari air terjun Sipiso-piso kami singgah pula di Rumah Bolon yang merupakan rumah adat Raja Simalungun pada zaman dahulu. Kini rumah ini hanya tinggal untuk tatapan umum. Untuk mengejar masa, kami tidak turun dari kereta sebaliknya Pak Syamsul membawa kami pusing dengan kereta. Kebetulan hujan pula turun rintik-rintik.
![]() |
| Rumah Bolon |
Tidak jauh dari Rumah Bolon, Pak Syamsul berhenti pula di kawasan Simarjarunjung. Terdapat satu restoran di sini yang mengadap pemandangan Danau Toba tapi agak jauh. Sekadar menghirup udara segar dan melepaskan hajat di tandas restoran ini, kami meneruskan lagi perjalanan. Ketika ini jalan menuju ke Parapat adalah melalui lereng-lereng bukit dan di kanan kami adalah Danau Toba. Kata Pak Syamsul 1 jam lagi sampailah kami di Parapat.
![]() |
| Simarjarunjung |
![]() |
| Unik kan?! |
Selesai makan, Pak Syamsul ke masjid berdekatan sementara kami ke Indomaret untuk membeli air minuman dan sedikit makanan ringan.
Kami tiba di jeti feri agak awal dan kereta pun masih belum banyak yang menunggu. Penting untuk sampai awal kerana tepat jam 2.30 feri akan bergerak manakala tiket adalah terhad kepada muatan feri sahaja. Jika feri telah penuh, kenderaan yang ingin dibawa perlu menunggu 3 jam kemudian. Hanya ada 5 waktu perjalanan feri pengangkut dari Parapat bermula jam 8.30 pagi sehingga yang terakhir jam 8.30 mlm.
Untuk menaiki feri umum yang membawa penumpang sahaja perlu ke jeti lain. Feri umum ini lebih banyak daripada feri pengangkut yang hanya ada satu sahaja yang beroperasi di Parapat ini.
Kereta kami antara yang terawal dapat masuk ke dalam feri dan diparkir di sebelah kiri feri. Kenderaan disusun agak rapat bagi memenuhkan ruang. Semua jenis kenderaan yang ingin ke Pulau Samosir harus menaiki feri ini termasuklah bas dan lori. Danau Toba yang tadi asyik terlihat dari jauh kini sudah terbentang di depan mata.
Sementara feri berlabuh, beberapa orang kanak-kanak tempatan atau lebih tepat lagi kanak-kanak Batak akan menaiki feri ini untuk mencari duit sampingan. Caranya...mereka akan meminta penumpang feri melempar duit syiling ke dalam tasik dan mereka akan menyelam untuk mendapatkan duit tersebut. Mungkin hanya sebagai hiburan bagi penumpang feri ini. Lalu riuhlah mulut mereka memangil-manggil untuk menarik perhatian penumpang feri..."Kak..lemparkan duitnya kak...lemparkan coinnya"...Dalam poket aku ada beberapa keping syiling 1 ribu dan 500...kerana kasihan lalu aku pun melemparkan duit syiling tersebut..bagi kita mungkin tidak ada nilainya tapi bagi mereka sudah memadai. Duit syiling mereka agak ringan, belum sempat syiling itu ke dasar mereka sudah berjaya mencapainya.
![]() |
| Uncensored! |
Setelah feri bergerak, barulah mereka meninggalkan feri ini. Aku fikir mungkin tiada lagi gangguan dan aku boleh menikmati perjalanan menaiki feri ini dengan aman sambil menikmati pemandangan Danau Toba dengan lebih dekat...rupanya ada lagi. Kali ini terdapat pula penjual kacanglah..telurlah..datang menghampiri kami. Lagi serabut bila terdapat 2 orang kanak-kanak Batak yang sibuk meminta penumpang feri mendengar nyanyian mereka. Selepas menyanyi mereka pasti meminta duit. Kanak-kanak ini berjaya menyanyi di hadapan sekumpulan pelancong berbangsa Cina..mungkin dari Singapura. Kebanyakkan lagu yang mereka nyanyi adalah dalam bahasa Batak...tetapi pelancong terbabit seakan terhibur pula.
![]() |
| Penuh perasaan nyanyi tu... |
![]() |
| Bahagian depan feri menuju ke Pulau Samosir... |
![]() |
| Macam ni lah keadaan dalam feri... |
45 minit di atas feri kami akhir tiba di jeti Pulau Samosir di kawasan bernama Tuktuk. Jangan tak tahu bahawa saiz Pulau Samosir lebih besar dari Singapura. Kebanyakkan penduduk pulau ini adalah daripada suku Batak yang juga merupakan penduduk asal pulau ini. Mereka beragama Kristian hanya sebilangan kecil sahaja beragama Islam.
Sebaik keluar dari kawasan jeti, kami singgah di perkampungan Tomok. Di sini terdapat satu kawasan tarikan pelancong atau objek wisata iaitu Makam Raja Sidabutar. Raja Sidabutar merupakan pemerintah perkampungan Tomok. Sepanjang laluan ke makam dipenuhi dengan kedai-kedai menjual cenderamata dan para penjual pula akan menegur anda dalam bahasa Batak "Horas!"...lebih kurang seperti memberi salam bagi kita orang muslim.
Untuk memasuki kawasan makam ini pengunjung harus memakai kain selempang yang dinamakan Ulos. Warna merah, hitam dan putih merupakan warna simbolik suku Batak. Di setiap tempat suci mereka pasti akan mempunyai ukiran merah, hitam dan putih.
Setelah melawat makam, kami mengambil peluang membelek-belek souveniers yang terdapat di kawasan ini. Melalui sedikit pembacaan aku dari blogger lain, perkampungan Tomok ini tempat yang paling sesuai untuk membeli souveniers. Jangan lupa menawar ya!
Seterusnya Pak Syamsul membawa kami ke perkampungan Ambaritha pula. Di sini lah bermulanya cerita tentang orang Batak yang makan orang. Haa....sebenarnya bukanlah seperti yang kita fikirkan. Ceritanya secara ringkas, pada zaman dahulu, pemerintah Batak akan menghukum pancung bagi 3 jenis pesalah iaitu pembunuh, perogol dan pengkhianat. Semasa sang Algojo memancung pesalah, darahnya akan ditakung dalam mangkuk. Setelah itu, dada pesalah akan dibelah dan diambil jantung dan hatinya untuk dicincang. Hasil cincangan ini akan dicampur dengan darah tadi dan diberi makan kepada raja. Menurut kepercayaan, kekuatan si pesalah dapat diserap oleh raja dengan memakan jantung dan hati mereka.
Tarikan utama di kampung ini adalah objek wisata Batu Kursi Raja Siallagan. Pengunjung dikenakan bayaran RP6 ribu seorang ketika masuk. Pak Syamsul tidak mengikuti kami masuk sebaliknya menunggu di pintu keluar. Setelah menulis nama di buku tetamu, seorang tour guide mendekati kami untuk memberi penerangan tentang objek-objek yang terdapat di sini. Ada 8 buah rumah tradisional Batak dan salah satunya adalah rumah pemerintah kampung ini iaitu Raja Siallagan.
![]() |
| The tour guide... |
Rumah tradisional Batak ada 2 jenis, kalau tangganya di luar maknanya itu rumah lelaki, kalau tangganya ke dalam maknanya itu rumah perempuan. Rumah pun ada jantina! Satu lagi, rumah perempuan kat depan dia mesti ada replika boobs...erk! Pada mereka ini menunjukkan tahap kesuburan seseorang wanita untuk dijadikan calon isteri. Lagi besar lagi bagus kerana itu tandanya wanita itu sihat. Wanita yang sihat dapat melahirkan anak-anak yang sihat dan kuat.
![]() |
| Rumah perempuan..............................rumah lelaki |
Di hadapan rumah raja inilah terdapat kerusi-kerusi batu yang digunakan semasa perbicaraan si pesalah.
Kami kemudian ke kawasan menghukum pesalah. Si tour guide menerangkan pula tentang kalendar Batak dan sebuah buku yang menyimpan kelemahan dan kelebihan orang Batak. Akhir cerita adalah bagaimana caranya pesalah dipancung. Dengan 3 kali jeritan "Horas!"..maka bercerailah kepala dan badan pesalah. Kepala pesalah akan dipamer di pintu masuk bagi memberitahu orang kampung tentang hukumannya. Badan pula akan dicampakkan ke tasik bagi mengelakkan kepala dan badan bersatu kembali. Agak panjang dan menarik cerita tentang suku Batak ini untuk diketahui dengan lebih lanjut.
![]() |
| Kalendar dan buku orang Batak |
![]() |
| Cara pesalah dihukum pancung... |
Sebelum kami beredar, si tour guide mengingatkan kami untuk membayar lagi sebanyak RP200 ribu. Kami agak terkejut kerana ketika masuk tadi sudah dibayar untuk keluar pun perlu bayar lagi..malah lebih mahal pula. Kata si tour guide sebagai bayaran atas cerita panjang lebar yang telah disampaikan. Sebagai alasan aku mengatakan kami masih student dan tidak punya banyak wang..lalu kata tour guide bagi sahaja apa yang ada...lalu aku seluk poket seluar dan memberikan sekeping RP100 ribu dan beberapa ribu lagi yang aku tidak ingat...mungkin 2 atau 5 ribu. Sungguh mereka ini suka mengambil kesempatan!
Di pintu keluarnya pula terdapat lagi kedai-kedai menjual pelbagai souvenier tetapi tidak banyak. Kerana bengang dengan duit yang terpaksa keluar tanpa disangka tadi aku berlalu sahaja tanpa menyinggah mana-mana kedai.
Masuk sahaja ke dalam kereta kami terus menuju ke hotel penginapan kami yang ke-3 untuk trip ini iaitu Toledo Inn. Pemandangan luar resort ini memang cantik kerana mengadap danau tetapi biliknya tidaklah begitu selesa terutama ruang tandas...sesuailah dengan taraf 2 bintangnya. Pada aku lebih baik menginap di Parapat daripada Pulau Samosir. Hanya ada 2 tempat menarik untuk dikunjungi iaitu Tomok dan Ambaritha. Bagi yang berminat untuk meneroka sekeliling pulau dan mendekati masyarakat Batak mungkin sesuai untuk bermalam di Pulau Samosir ini.
Sebelum makan malam kami sempat bersiar-siar di sekitar resort walaupun sudah agak gelap. Cantik dan tenang sahaja pemandangan danau. Semasa makan malam, kami sekali lagi dikelilingi warga Malaysia. Mereka adalah rombongan dari utara. AirAsia ada direct flight dari Penang...tidak hairanlah kalau ramai orang Utara melancong ke Medan.
Selepas makan kami tidak terus masuk ke bilik, sebaliknya melepak di kawasan yang lebih terbuka yang mengadap danau. Tiada sesiapa di situ kecuali kami bertiga mungkin tetamu lain lebih suka melepak di bilik. Rasa sia-sia pula tidak menghirup udara malam Pulau Samosir yang tenang jika hanya melepak di bilik sahaja. Panjang betul hari yang kami lalui. Esoknya pagi-pagi lagi kami perlu bergerak meninggalkan Pulau Samosir.
*************************************************************************************************
Sebab ramai juga yang tanya no contact Pak Syamsul..ni no phone dia +085372738780...lupa nak mentioned before this..:)
Sunday, September 23, 2012
Medan (Part 2) : Medan - Berastagi
Hari Kedua, Jumaat, 14/9/2012
Aku set alarm jam 6 pagi di handphone, sebelum itu kononnya aku sudah menukar ke waktu Medan. Bangunlah kami jam 6pg untuk bersiap dan bercadang untuk breakfast pada jam 7pg. Setelah turun ke lobi, terus aku tanya di kaunter reception, "Breakfastnya udah siap?"...jawab staf reception.."Belum..". Aku tanya lagi..."Bukan breakfastnya jam 7?"..."Ngak buk...sekarang lagi jam 6"...Wakduh!!....macam mana la aku boleh tersalah tukar jam kepada cepat sejam sepatutnya dilambatkan sejam. Rupanya kami telah bangun jam 5 pagi dan turun jam 6 pagi!
Untuk membunuh 1 jam yang kami ada sebelum sarapan disediakan, kami berjalan bersiar-siar di sepanjang Jln A.Yani untuk melihat-lihat kawasan sekitar kerana semalamnya kami tiba waktu sudah malam.
Rupanya jalan ini banyak terdapat kedai-kedai menjual peralatan sukan
dan muzik. Sebelah hotel ini pula terdapat kedai menjual tudung dan
pakaian, tetapi kerana masih awal pagi, kedai pun belum dibuka.
Hampir jam 7 barulah kami pulang semula ke hotel untuk bersarapan pagi. Pemandu pelancong dijangka menjemput kami pada jam 8pg, tetapi lebih kurang 7.30 pagi muncullah pemandu pelancong yang dikenali sebagai Pak Syamsul di lobi hotel. Lega rasanya kerana kami tidak perlu menunggu lama.
Kenderaan kami sepanjang 4H3M lagi adalah sebuah Toyota Innova atau dipanggil Kijang di Indonesia. Sungguh selesa kerana hanya kami berdua dan Pak Syamsul sebagai supir merangkap tour guide. Pak Syamsul sudah biasa membawa pelancong Malaysia terutama Datuk-Datuk yang gemar bermain golf di Medan.
Setelah kami memasuki kereta, Pak Syamsul memberi sedikit penerangan tentang pakej kami. Ketika melihat itinerary baru beliau terperasan bahawa voucher restoran kami adalah dari restoran yang tidak halal sedang awal-awal lagi sudah aku maklumkan kepada agen bahawa kami mahukan makanan halal. Untuk menyelesaikan masalah ini, Pak Syamsul kemudian memandu ke pejabat agen pelancongannya Narasindo Tour untuk menukar voucher restoran.
Lama juga kami menunggu di hadapan pejabatnya. Setelah semua selesai, barulah kami bergerak meninggalkan pejabat Narasindo. Kalau ikutkan itinerary, kami sepatutnya dibawa melawat sekitar Medan, tetapi disebabkan masih awal pagi dan kedai-kedai belum dibuka, Pak Syamsul langsung mencadangkan kami menuju ke destinasi pertama iaitu Berastagi.
Perjalanan ke Berastagi memakan masa lebih kurang 1 jam setengah melewati kawasan Bukit Barisan. Tidak tenteram rasanya sepanjang perjalanan kerana melalui jalan yang berbukit, sempit dan selekoh tajam ditambah pula dengan keadaan jalan yang teruk. Kalau menaiki bas boleh pening dan muntah dibuatnya.
Sebaik tiba di Berastagi, Pak Syamsul menurunkan kami di pasar buah-buahan. Memanglah banyak buah tempatan disini terutama buah mangga dan limau. Kami tidak membeli apa-apa jenis buah kecuali sepaket kecil buah strawberi untuk dimakan semasa di hotel. Terdapat juga kedai menjual pakaian dan souveniers. Kedinginan Berastagi telah mula terasa ketika ini.
Setengah jam kemudian, kami menaiki kereta semula dan terus menuju ke hotel penginapan kami iaitu Sinabung Hill Resort. Tiba di hotel telah hampir masuk waktu zohor, setelah menguruskan urusan check-in kami, Pak Syamsul kemudian ke masjid berhampiran untuk solat Jumaat.
Sementara menunggu Pak Syamsul selesai solat Jumaat, kami bersiar-siar pula di sekitar kawasan hotel. Cantik hotel ni, ada kawasan taman yang luas di belakangnya. Bilik pun luas dan bersih. Bilik kami di tingkat paling bawah. Kalau rasa ingin ke taman keluar sahaja dari balkoni. Cuma tidak ada aircond mahupun kipas kerana cuaca sudah sedia sejuk di sini.
Jam 1 tengahari barulah Pak Syamsul menghubungi aku mengatakan beliau telah berada di lobi hotel. Kami makan tengahari bersama di restoran hotel. Selesai makan, Pak Syamsul membawa kami ke Gundaling Hill untuk melihat pemandangan Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung. 2 gunung berapi ini dapat dilihat dengan jelas dari atas Gundaling Hill.
Untuk memasuki kawasan Gundaling Hill, pengunjung dikenakan bayaran
tetapi tidaklah aku tahu bayarannya kerana semuanya Pak Syamsul yang
uruskan. Di atas Gundaling Hill telah disediakan tempat untuk berkelah.
Banyak hamparan tikar telah dibentangkan untuk pengunjung berkelah
sambil menikmati pemandangan. Aku fikir percuma sahaja, tetapi rupanya
untuk melepak di atas tikar ini pun perlu dibayar. Semuanya duit disini.
Sempat juga kami menaiki kereta kuda mengelilingi kawasan bukit dengan bayaran RP50ribu selama setengah jam. Hanya Gunung Sinabung yang masih aktif tetapi Gunung Sibayak dijangka tidak lagi meletus pada masa akan datang. Namun gunung ini tetap mengeluarkan wap panas dari bumi.
Destinasi kedua kami di Berastagi seterusnya adalah Taman Alam Lumbini yang juga merupakan pusat penganut agama Buddha. Terdapat satu tokong Buddha yang besar di taman ini. Tidak kusangka rupanya ada juga penganut Buddha di Medan ini selain muslim dan kristian. Tiada bayaran dikenakan untuk pengunjung, cuma sebarang minuman tidak boleh dibawa masuk ke dalam kawasan tokong. Beg-beg pengunjung juga diperiksa, manalah tahu ada yang membawa senjata api atau bahan letupan.
Matahari ketika ini sangatlah terik, rasanya kalau tanpa sunglass, sudah berpinar mata aku melihat tokong yang dicat keemasan ini di bawah cahaya yang terang.
Kemudian kami ke kaki Gunung Sibayak. Sekali lagi terdapat bayaran dikenakan di pintu masuk kawasan gunung. Sungguh tidak berbaloi membayar wang masuk kerana sepatutnya jika dikenakan wang masuk, haruslah keadaan kawasan tarikan pelancong ini dijaga rapi. Ini tidak, sudahlah jalannya sempit, berlubang pula sana sini...boleh rosak kereta dibuatnya. Pak Syamsul pun sangat tidak puas hati dengan keadaan ini, katanya para pemungut wang itu makan duit haram saja.
Di sini terdapat kolam mata air panas yang boleh dikunjungi. Banyak pusat pemandian air panas dibuka untuk pengunjung tetapi kami tidak berhasrat masuk ke mana-mana pusat pemandian. Jika ingin menginap di kaki gunung ini juga boleh kerana terdapat juga beberapa motel di sekitarnya.
Hampir ke pukul 6 petang kami bergerak meninggalkan kawasan kaki Gunung
Sibayak dan terus pulang ke hotel. Kami berjumpa semula dengan Pak
Syamsul jam 7.30 untuk makan malam pula.
Untuk makan malam, kami tidak makan di hotel, sebaliknya Pak Syamsul membawa kami makan mengikut voucher yang telah disediakan pihak agen iaitu di restoran Mexico Fried Chicken di pekan Berastagi. Namanya sahaja seperti restoran makanan segera tetapi sebenarnya adalah sebuah restoran biasa yang menyajikan makanan panas lain. Makanannya biasa-biasa sahaja, bolehlah untuk menghilangkan lapar.
Kedinginan malam di Berastagi tidaklah seperti yang aku gambarkan yang sangat sejuk hingga mencucuk tulang. Suhu aircond di ofis aku lebih sejuk dari suhu malam Berastagi, jadi tidaklah aku rasa ralat tertinggal baju sejuk di rumah. Cukuplah hanya bercardigan.
Selesai makan malam, Pak Syamsul menyarankan kami merasa roti bakar Bandung yang terdapat berdekatan dengan restoran Mexico ini. Banyak deretan gerai-gerai lain yang menjual pelbagai makanan tempatan di kiri-kanan jalan. Roti bakar ini biasa saja, cuma rupa roti tersebut agak unik. Roti ini akan digoreng seperti roti burger kemudian akan disapu dengan pelbagai perisa pilihan seperti jem strawberi, peanut butter, mentega, kaya, coklat dan sebagainya. Keju juga ada. Kami memilih semua jenis perisa kecuali peanut butter yang tidak aku gemari.
Kami membawa pulang roti bakar Bandung untuk dimakan di hotel. Nikmat pula menikmati roti bakar Bandung panas-panas di balkoni bilik sambil menikmati pemandangan taman hotel pada waktu malam yang tenang dan dingin. Kalau ada teman-teman yang lain tentu sudah riuh berborak. Strawberi yang dibeli siangnya pun masih berbaki lagi.
Kenyang menikmati roti bakar kami akhirnya melelapkan mata setelah melalui hari yang panjang.
Aku set alarm jam 6 pagi di handphone, sebelum itu kononnya aku sudah menukar ke waktu Medan. Bangunlah kami jam 6pg untuk bersiap dan bercadang untuk breakfast pada jam 7pg. Setelah turun ke lobi, terus aku tanya di kaunter reception, "Breakfastnya udah siap?"...jawab staf reception.."Belum..". Aku tanya lagi..."Bukan breakfastnya jam 7?"..."Ngak buk...sekarang lagi jam 6"...Wakduh!!....macam mana la aku boleh tersalah tukar jam kepada cepat sejam sepatutnya dilambatkan sejam. Rupanya kami telah bangun jam 5 pagi dan turun jam 6 pagi!
Untuk membunuh 1 jam yang kami ada sebelum sarapan disediakan, kami berjalan bersiar-siar di sepanjang Jln A.Yani untuk melihat-lihat kawasan sekitar kerana semalamnya kami tiba waktu sudah malam.
![]() |
| Pejabat Pos Medan |
Hampir jam 7 barulah kami pulang semula ke hotel untuk bersarapan pagi. Pemandu pelancong dijangka menjemput kami pada jam 8pg, tetapi lebih kurang 7.30 pagi muncullah pemandu pelancong yang dikenali sebagai Pak Syamsul di lobi hotel. Lega rasanya kerana kami tidak perlu menunggu lama.
Kenderaan kami sepanjang 4H3M lagi adalah sebuah Toyota Innova atau dipanggil Kijang di Indonesia. Sungguh selesa kerana hanya kami berdua dan Pak Syamsul sebagai supir merangkap tour guide. Pak Syamsul sudah biasa membawa pelancong Malaysia terutama Datuk-Datuk yang gemar bermain golf di Medan.
![]() |
| Supir kami...Pak Syamsul |
Setelah kami memasuki kereta, Pak Syamsul memberi sedikit penerangan tentang pakej kami. Ketika melihat itinerary baru beliau terperasan bahawa voucher restoran kami adalah dari restoran yang tidak halal sedang awal-awal lagi sudah aku maklumkan kepada agen bahawa kami mahukan makanan halal. Untuk menyelesaikan masalah ini, Pak Syamsul kemudian memandu ke pejabat agen pelancongannya Narasindo Tour untuk menukar voucher restoran.
Lama juga kami menunggu di hadapan pejabatnya. Setelah semua selesai, barulah kami bergerak meninggalkan pejabat Narasindo. Kalau ikutkan itinerary, kami sepatutnya dibawa melawat sekitar Medan, tetapi disebabkan masih awal pagi dan kedai-kedai belum dibuka, Pak Syamsul langsung mencadangkan kami menuju ke destinasi pertama iaitu Berastagi.
Perjalanan ke Berastagi memakan masa lebih kurang 1 jam setengah melewati kawasan Bukit Barisan. Tidak tenteram rasanya sepanjang perjalanan kerana melalui jalan yang berbukit, sempit dan selekoh tajam ditambah pula dengan keadaan jalan yang teruk. Kalau menaiki bas boleh pening dan muntah dibuatnya.
Sebaik tiba di Berastagi, Pak Syamsul menurunkan kami di pasar buah-buahan. Memanglah banyak buah tempatan disini terutama buah mangga dan limau. Kami tidak membeli apa-apa jenis buah kecuali sepaket kecil buah strawberi untuk dimakan semasa di hotel. Terdapat juga kedai menjual pakaian dan souveniers. Kedinginan Berastagi telah mula terasa ketika ini.
Setengah jam kemudian, kami menaiki kereta semula dan terus menuju ke hotel penginapan kami iaitu Sinabung Hill Resort. Tiba di hotel telah hampir masuk waktu zohor, setelah menguruskan urusan check-in kami, Pak Syamsul kemudian ke masjid berhampiran untuk solat Jumaat.
Sementara menunggu Pak Syamsul selesai solat Jumaat, kami bersiar-siar pula di sekitar kawasan hotel. Cantik hotel ni, ada kawasan taman yang luas di belakangnya. Bilik pun luas dan bersih. Bilik kami di tingkat paling bawah. Kalau rasa ingin ke taman keluar sahaja dari balkoni. Cuma tidak ada aircond mahupun kipas kerana cuaca sudah sedia sejuk di sini.
![]() |
| Sinabung Hill Resort |
Jam 1 tengahari barulah Pak Syamsul menghubungi aku mengatakan beliau telah berada di lobi hotel. Kami makan tengahari bersama di restoran hotel. Selesai makan, Pak Syamsul membawa kami ke Gundaling Hill untuk melihat pemandangan Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung. 2 gunung berapi ini dapat dilihat dengan jelas dari atas Gundaling Hill.
![]() |
| Gunung Sinabung |
| Gunung Sibayak |
![]() |
| Kuda pun pakai sunglass tau..! |
Sempat juga kami menaiki kereta kuda mengelilingi kawasan bukit dengan bayaran RP50ribu selama setengah jam. Hanya Gunung Sinabung yang masih aktif tetapi Gunung Sibayak dijangka tidak lagi meletus pada masa akan datang. Namun gunung ini tetap mengeluarkan wap panas dari bumi.
Destinasi kedua kami di Berastagi seterusnya adalah Taman Alam Lumbini yang juga merupakan pusat penganut agama Buddha. Terdapat satu tokong Buddha yang besar di taman ini. Tidak kusangka rupanya ada juga penganut Buddha di Medan ini selain muslim dan kristian. Tiada bayaran dikenakan untuk pengunjung, cuma sebarang minuman tidak boleh dibawa masuk ke dalam kawasan tokong. Beg-beg pengunjung juga diperiksa, manalah tahu ada yang membawa senjata api atau bahan letupan.
Matahari ketika ini sangatlah terik, rasanya kalau tanpa sunglass, sudah berpinar mata aku melihat tokong yang dicat keemasan ini di bawah cahaya yang terang.
Kemudian kami ke kaki Gunung Sibayak. Sekali lagi terdapat bayaran dikenakan di pintu masuk kawasan gunung. Sungguh tidak berbaloi membayar wang masuk kerana sepatutnya jika dikenakan wang masuk, haruslah keadaan kawasan tarikan pelancong ini dijaga rapi. Ini tidak, sudahlah jalannya sempit, berlubang pula sana sini...boleh rosak kereta dibuatnya. Pak Syamsul pun sangat tidak puas hati dengan keadaan ini, katanya para pemungut wang itu makan duit haram saja.
Di sini terdapat kolam mata air panas yang boleh dikunjungi. Banyak pusat pemandian air panas dibuka untuk pengunjung tetapi kami tidak berhasrat masuk ke mana-mana pusat pemandian. Jika ingin menginap di kaki gunung ini juga boleh kerana terdapat juga beberapa motel di sekitarnya.
| Kaki Gunung Sibayak |
Untuk makan malam, kami tidak makan di hotel, sebaliknya Pak Syamsul membawa kami makan mengikut voucher yang telah disediakan pihak agen iaitu di restoran Mexico Fried Chicken di pekan Berastagi. Namanya sahaja seperti restoran makanan segera tetapi sebenarnya adalah sebuah restoran biasa yang menyajikan makanan panas lain. Makanannya biasa-biasa sahaja, bolehlah untuk menghilangkan lapar.
Kedinginan malam di Berastagi tidaklah seperti yang aku gambarkan yang sangat sejuk hingga mencucuk tulang. Suhu aircond di ofis aku lebih sejuk dari suhu malam Berastagi, jadi tidaklah aku rasa ralat tertinggal baju sejuk di rumah. Cukuplah hanya bercardigan.
Selesai makan malam, Pak Syamsul menyarankan kami merasa roti bakar Bandung yang terdapat berdekatan dengan restoran Mexico ini. Banyak deretan gerai-gerai lain yang menjual pelbagai makanan tempatan di kiri-kanan jalan. Roti bakar ini biasa saja, cuma rupa roti tersebut agak unik. Roti ini akan digoreng seperti roti burger kemudian akan disapu dengan pelbagai perisa pilihan seperti jem strawberi, peanut butter, mentega, kaya, coklat dan sebagainya. Keju juga ada. Kami memilih semua jenis perisa kecuali peanut butter yang tidak aku gemari.
Kami membawa pulang roti bakar Bandung untuk dimakan di hotel. Nikmat pula menikmati roti bakar Bandung panas-panas di balkoni bilik sambil menikmati pemandangan taman hotel pada waktu malam yang tenang dan dingin. Kalau ada teman-teman yang lain tentu sudah riuh berborak. Strawberi yang dibeli siangnya pun masih berbaki lagi.
Kenyang menikmati roti bakar kami akhirnya melelapkan mata setelah melalui hari yang panjang.
Wednesday, September 19, 2012
Medan (Part 1): KL-Medan
Medan, Indonesia...tidak langsung berada dalam senarai tempat yang ingin aku lawati buat tahun ini, tetapi terima kasih kepada laman fleapy.com yang menyenaraikan tiket AirAsia termurah di semua destinasi, maka terbelilah aku tiket ke Medan dengan harga RM7 sehala. Setelah ditambah tax semuanya RM66 sahaja!..sangatlah murah untuk dilepaskan. Kos untuk aku pulang ke kampung pun tidak semurah ini. Kebetulan tarikhnya juga sangat sesuai kerana bersekali dengan cuti umum sempena Hari Malaysia, aku lebih suka mengambil kesempatan pada cuti umum yang panjang. Untuk tahun hadapan pun sudah aku rancangkan tarikh-tarikh yang sesuai bercuti.Teman aku sepanjang 5H4M trip kali ini hanya Kak Muzie seorang sahaja memandangkan kawan-kawan yang lain ada alasan tersendiri. Kami membeli pakej percutian dari JackCow deal yang kebetulan menawarkan pakej ke Medan dengan hanya RM500 seorang. Apa yang kami dapat dengan pakej ini?...penginapan selama 3 malam, pengangkutan, makan dan seorang pemandu pelancong.
Ok, cukup untuk mukadimahnya. Mari mulakan perjalanan...
Hari Pertama, Khamis, 13/9/2012
Penerbangan kami dijadualkan berlepas jam 5 ptg. Pagi itu baru aku sibuk berkemas kemudian tengaharinya ke Alamanda untuk menukar duit dan makan tengahari. Lewat tengahari barulah kami bergerak menaiki ERL kemudiannya dengan shuttle bas di Salak Tinggi untuk ke LCCT.
Semua urusan berjalan dengan lancar dan pesawat berlepas tepat pada masanya. 50 minit kemudian kami tiba di Polonia International Airport, Medan. Waktu di Medan cuma lambat 1 jam dari KL jadi jarum jam Medan baru menghampiri jam 5 ptg ketika itu.
Setelah mengambil bagasi, kami menuju ke pintu keluar untuk mencari teksi. Sebelum itu aku membeli kad prabayar tempatan untuk memudahkan aku menghubungi pemandu pelancong kami esoknya.
Pada mulanya ingin juga mencuba menaiki becak atau teksi motor. Setelah mendengar cadangan si penjual kad prabayar, kami memilih teksi dengan bayaran RP50 ribu. Tapi harus diingat, ambil teksi melalui kaunter supaya bilnya ditulis siap-siap. Jika mengambil teksi sapu nanti ditipu pemandunya pula. Biasanya begitu, sebelum perjalanan harga lain apabila tiba di destinasi lain pula harganya dengan alasan 'macet'lah....barangnya banyakla...dan macam-macam lagi.
Ok, setelah mendapatkan bil, pemandu teksi telah siap menunggu di mobilnya...kereta proton saga lagi. Keluar dari kawasan airport pasti anda akan terlihat stesen minyak Petronas.
Destinasi pertama kami adalah Hotel Kesawan yang terletak di Jalan A.Yani. Untuk 1 malam ini sahaja kami mencari penginapan sendiri memandangkan pakej kami hanya bermula pada hari esoknya. Keadaan hotel agak sederhana kerana statusnya sebagai hotel bajet. Bayaran bilik standard kami hanya RM60 semalam termasuk breakfast.
Aku tempah hotel ini dari Agoda.com. Ada banyak lagi hotel lain di sekitar bandar Medan, tapi setelah membaca review, aku dapati lokasi hotel ini sangat strategik. Berjalan 10 minit ke arah kanan hotel terletaknya Merdeka Walk, boleh dikatakan kawasan medan selera. 1 blok di belakang hotel ini terletaknya kawasan Pasar Ikan, tempat untuk membeli-belah. Semuanya hanya dengan berjalan kaki. Penting ni, untuk mengelakkan dari ditipu dengan pemandu-pemandu teksi, becak mahupun angkutan kota.
Ketika tiba di hotel, hampir ke jam 6 ptg, semua kedai sudah pun ditutup pada waktu ini. Malamnya kami hanya ke Merdeka Walk untuk makan malam dengan meredah hujan yang turun rintik-rintik.
![]() |
| Menu pilihan aku...nasi goreng seafood...sedapla jugak.. |












































Tidak ada komentar:
Posting Komentar